Sila isi kesemua maklumat di bawah

Pendaftaran UPSR

Maklumat Sekolah

Sila pilih jenis pelajar

Maklumat Ibu/Bapa

Terma & Syarat

SYARAT & PERATURAN

IBUBAPA / PENJAGA

  1. Bayaran pendaftaran dan bahan RM20/subjek bagi sekolah rendah dan RM30/subjek bagi sekolah menengah akan dikenakan ke atas setiap pelajar yang mendaftar buat pertama kali di Pusat Tuisyen Sukses.
  2. Yuran bahan bagi semester kedua(bulan 6) akan dikenakan sebanyak RM20/subjek sekolah rendah dan rm30/subjek sekolah menengah.
  3. Yuran bulanan hendaklah dijelaskan sebelum 10 haribulan pada setiap bulan. Pihak pengurusan Pusat Tuisyen Sukses berhak menamatkan pembelajaran pelajar berkenaan sekiranya yuran bulanan pelajar gagal dijelaskan untuk tempoh dua (2) bulan berturut-turut.
  4. Sekiranya pelajar tidak hadir ke kelas atas alasan sakit atau lain-lain sebab, pelajar akan dianggap tidak hadir pada hari yang berkenaan. Yuran bulanan masih perlu dijelaskan sepenuhnya .Bagi pelajar yang tidak hadir lebih dari tiga (3) bulan berturut-turut , bayaran pendaftaran perlu dibuat semula sekiranya pelajar tersebut ingin menyambung semula pembelajaran.
  5. Kelas akan berjalan 4 minggu bagi setiap bulan. Bagi minggu kelima kelas tidak akan dijalankan.
  6. Ibubapa/ penjaga perlu memastikan pelajar hadir ke Pusat Tuisyen Sukses mengikut jadual tuisyen yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan (jika ada) akan dimaklumkan secara melalui group whatsapp tingkatan masing-masing.
  7. Ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak Pusat Tuisyen Sukses dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat atau nombor telefon untuk memudahkan perhubungan.

PELAJAR

Pelajar perlu sentiasa mematuhi syarat-syarat berikut

  1. Sentiasa berpakaian kemas semasa hadir ke kelas.
  2. Perlu hadir sekurang-kurangnya lima (5) minit sebelum kelas bermula.
  3. Membawa alat tulis, buku, nota dan kelengkapan lain dengan secukupnya.
  4. Dilarang sama sekali berlari, bermain dan membuat bising di dalam pusat tuisyen.
  5. Tidak makan dan minum di dalam pusat tuisyen
  6. Tidak memakai barangan perhiasan yang berlebihan.
  7. Penggunaan telefon bimbit didalam pusat tuisyen adalah dilarang sama sekali.
Tak Setuju